"Don‘t cry if it seems over ... Smile and rejoice that it even happened" "Believe in God(Allah), the Great Spirit, as a blind man believes in the Sun: not because he sees it, but because he feels it..."

Saturday, February 16, 2008

5th Lecture: PPSMI (Program Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam B. Ing)


Dalam merialisasikan keberkesanan ETeMS, KPM telah mengambil beberapa langkah yang sesuai untuk memudahkan guru dan pelajar menguasai sistem ini. Oleh itu, satu pelan strategi peningkatan keberkesanan PPSMI telah diwujudkan di mana matlamat utama pelan tindakan ini adalah untuk meningkatkan PPSMI dan prestasi murid dalam matapelajaran S&M menjelang PMR 2005.Antara tindakan untuk memastikan keberkesana PPSMI ialah:

1-Memberi ownership dan tanggungjawab sepenuh kepada sekolah dalam meningkatkan pencapaian sekolah
2-Melaksanakan porogram intervensi PPSMI
3-Membaiki kelemahan dalam aspek persediaan seperti latihan dan pembekalan bahan

Terdapat 7 strategi utama dan aktiviti-aktiviti tertentu untuk memastikan keberkesanan PPSMI:
Strategi 1- Menambahbaik p & p Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Strategi 2-Meningkatkan penguasaan BI guru
Strategi 3-Meningkatkan penguasaan B.I murid
Strategi 4- Mewujudkan suasana yang menggalakkan kelicinan PPSMI
Strategi 5-Peningkatan kefahaman konten S/M dalam kalangan murid
Strategi 6- Peningkatan motivasi guru dan murid terhadap PPSMI
Strategi 7- Pemantauan p & p di bilik darjah oleh pihak berkepentingan

Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh KPM ialah:
1. Ujian Diagnostik
- Tingkatan 1 – 4 dan Tahun 4
2. Buku Glosari Sains dan Matematik
3. Pemantauan kolaboratif PPSMI
4. Program Orientasi BI untuk Pembelajaran Sains dan Matematik
5. Pelaksanaan Separa PPSMI di tahap 2 SK
6. Seminar p & p peringkat Negeri
7. Program BI selepas UPSR
8. Pakej Pembelajaran Kendiri BI untuk
Guru
9. Penyebaran maklumat kepada
pengetua
10. Guru S/M Tingkatan 3 dari sekolah berdekatan berjumpa sekali dalam 2 minggu di luar waktu sekolah
11. Aktiviti Micro-teaching/latihan amali penyampaian sesuatu tajuk S/M
12. Guru BI dijemput hadir dalam sesi yang memerlukan kepakaran BI
13. Merekodkan perjumpaan (aktiviti yang dijalankan)

Utuk sebarang rujukan mengenai PPSMI dan ETeMS: http:www.tutor.com.my/tutor/etems


No comments: